11 December 2008

Pelajar kita malas?

cube tgk laman web ni..

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/11/mstar_berita/20081211172052&sec=mstar_berita


aku just tertarik bila baca berita ni..im as student cannot deny the fact that most of our student are lazy..dlm artikel tu dr.lo' lo ada ckp statement datuk tajuddin tu mcm merendah-rendahkan pelajar kita..tapi pada pendapat aku bukan merendah-rendahkn tapi itulah yang sebenarnya terjadi..

aku sendiri seorang pelajar yang menuntut di IPTS..so aku tau laa kehidupan seorang pelajar tu macamana..aku sendiri tak bleh nak menafikan yang pelajar bukan melayu dan pelajar luar negara lagi bijak dari pelajar kita sendiri..dorang rajin dalam mencari ilmu..sanggup buat research jauh2 dan bermacam2 lg..tapi pelajar kita? lagi satu kelebihan golongan ni ialah mereka tahu dan fasih lebih dari satu bahasa..sedangkan pelajar kita lebih selesa menggunakan bahasa melayu mcm aku..haha cuba korang check kelayakan dan kelebihan bagi yang hendak memohon pekerjaan..mesti kena fasih bahasa inggeris dan tahu bahasa mandarin merupakan kelebihan..is there anything else to say?

pada pendapat aku la..pelajar kita ni terlalu dimanjakan sangat..kerajaan bagi macam2 kemudahan pada pelajar kita..semuanya untuk kesenangan pelajar kita dalam mencari ilmu dan juga untuk bantu bangsa sendiri..tapi hanya segelintir pelajar kita yang betul2 menggunakan bantuan yang diberikan untuk kerajaan demi mencari ilmu..yang lainnya leka..mana taknya duit bantuan yang diberikan kerajaan ataupun swasta..duit kiriman dari ibu bapa lagi..macam2 yang dah dirancangnya..nak beli handphone baru laa...untuk shopping laa...bercuti laa...aku sendiri pnah berfikiran macam tu..

lagi satu yang aku tertarik bila bace beriata ni ialah loke siew fook DAP -RASAH berkata "Mereka ada budaya 3M iaitu menyalin nota, menghafal nota dan muntah balik nota (semasa peperiksaan) dan tak ada perkara lain,"

psal statement ni plak aku nak bagi pendapat dan cadangan sikit laa ehh..kenapa mesti pensyarah2 bagi nota dengan senang2 nya pada pelajar? kenapa tidak pensyarah2 ni bagi tajuk pada pelajar2 suruh mereka buat research dan bentangkan kat kelas? masa bentangkn tulah pensyarah2 nak komen ke..nak tambah apa2 yang patut ke..then bila bagus dan lengkap..edarkan pada keseluruhan kelas..jadi dengan cara ni pelajar2 dapat menimba ilmu secara independent dengan bantuan dan tunjur ajar daripada pensyarah masing2..takde laa kena suap kat mulut je sepanjang masa..ini daripada pengalaman aku sendiri..thanks to all my lecturer especially..en.rie..en.daly..miss ummi and puan amiela myra..u all really open my eyes and my mind to think big..not only to think outside the box but to tear the box apart..huhu

ni cuma pendapat aku je eh..takdenye nak mengata sape2..berunsur perkauman ke ape..kita kena sedar tahap kita berada sekarang kat mana dan kita kena mengakuinya..

0 comments: