26 March 2012

Pertunangan Dalam Islam

Sebelum aku bercerita panjang lebar dalam entri kali ni..marilah kita bersama2 dengar dulu lagu ni..hehe



sweet tak? sweet kan..

Sebenarnya ramai antara kita yang dah bertunang tanpa kita sedari..tak caya?? ha baca printscreen kat bawah ni..



haa so cmna? korang semua kira dah bertunang ke belum? ;)

Subhanallah, hanya dengan lafaz Bismillah saja kite sudah menjadi tunangan orang tanpa kite sedarikan. :)

tajuk lagu kat atas tu je dah tunjuk dah ape yg aku nk cakapkan dalam entri kali ni..

"Ku pinang mu dengan Bismillah"

nasri2737 : kan lebih baik kalau umat islam menyedari bertapa besar & berharga nya kalimah bismillah itu... lebih berharga dari seluruh dunia dan segala isi nya..



PERTUNANGAN MENGIKUT SYARIAT

Sebelum seorang lelaki ingin menghantar pinangan,
utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang
peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga
sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam
membuat keputusan untuk menerima bakal
menantunya.

Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak
meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan
soal-soal hubungan dengan Tuhan sebagai pokok
utama.

Pertama; adakah fardhu ain si lelaki benar-benar
beres sebab suamilah tunjang yang bakal untuk
mengajar anak-anak dan isteri bila telah
mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan
perlaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu
seperti sembahyang secara individu dan
secara berjemaah. Memerhati matlamat perniagaan
dan perusahaan atau matlamat dalam pekerjaan
lelaki berkenaan.

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal
hubungan dengan Allah sebagai pokok utama
sejahteranya rumahtangga. Setiap kali
berlangsungnya majlis merisik perkara utama yang
akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan
saja syarat yang akan mensejahterakan dan
mengukuhkan rumahtangga.

Tidak hairanlah bila lepas kahwin kehidupan anak-
anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk
ajar yang sewajarnya. Akhirnya anak-anak tidak
taat kepada ibubapa dan isteri jadi ‘Queen Control’
kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di
dalam mentadbir rumahtangga menurut hukum Islam.

Ibubapa tidak boleh menolak pinangan seseorang
lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah.
Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang
lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan
berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau
suka berfoya-foya, berjudi sekalipun dia berpangkat
dan mempunyai harta.

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya
dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah
memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”

Rasulullah saw bersabda lagi:

“Jika datang kepada kamu pinangan daripada
seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya
agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima.
Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah
dan kerosakan di muka bumi.”

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada
hak menentukan samada mahu menerimanya atau
tidak, cuma secara beradapnya eloklah ditanya
kepada empunya diri terlebih dahulu.

Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat
keputusan, eloklah memberi keputusan kepada
walinya dalam membuat keputusan. Sebab pilihan
walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak
akan sanggup menzalimi anaknya. Wali yang baik
akan memilih lelaki yang beragama dan
berakhlak mulia.

Akan tetapi kalau si anak itu mempunyai pilihan
sendiri yang agak lebih baik agamanya dari pilihan
bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat
anaknya itu.

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis
peminangan lagi kita mesti jaga iaitu tidak
berlakunya percampuran di antara lelaki
perempuan. Keberkatan Allah ini tidak dapat
hendak kita gambarkan sebab hati yang akan
terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu
dua tetapi sampai ke hari tua.

Contohnya, orang di zaman salafusaleh,
rumahtangga mereka berkat sebab dari awal
peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.

Tetapi kalau dalam majlis peminangan itu, awal-
awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan
peradapan menurut Islam. Sampai akhir hayat pun
mungkin rumahtangga itu nampak tak cantik, tak
bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun
kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di
rumah dan inilah yang banyak berlaku hari ini.

Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini.
Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah
dapat kita jaga dengan baik.

Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan
peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang
mahal-mahal. Contohnya pakaian, makanan, buah-
buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin
bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah.
Memadai dngan sebentuk cincin saja sudahlah.

Malah ajaran Islam tidak pernah menyusahkan umat
Islam dengan cara demikian. Bila hantaran terlalu
tinggi hilang keberkatan rumahtangga.

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan
mas kahwin ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana
mas kahwin itu memang haknya. Walau
bagaimanapun sekarang ini semua negeri sudah
menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita
tersebut bila berkahwin, boleh kita terima, tetapi
sekiranya diri wanita tersebut hendak menetapkan
berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati.
Begitulah kehendak syariat.

Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah
memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas
kahwin yang paling baik yang terendah. Sabda
Rasulullah saw:

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang
terlebih murah mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah saw lagi:

“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling
sediki mas kahwinnya.”

Bersabda Baginda lagi:

“Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu
segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu
kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”

Kita patut mengetahui setengah daripada mas
kahwin isteri Rasulullah saw itu hanya sepuluh
dirham saja; sama nilainya dengan harga batu
pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji
bantal di rumahnya.

Setengah daripada para sahabat berkahwin dengan
mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih
kurang lima dirham)

Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak
perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan
mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

Sayidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali
perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis
mereka. Katanya:

“Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada
mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan
isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan
wang atau emas permata, ayat-ayat Al Quran juga
boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya ayat dalam
surah Al Fatihah atau Al Ikhlas, tidak kiralah
seberapa banyak yang dikehendaki.

Akan tetapi apa yang dinamakan sebagai hantaran
tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan
adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini
adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan
digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk
persiapan majlis perkahwinan.
Kalau begitu halnya, hantaran tidak patutlah
diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal
menantu hendak memberi hantaran, boleh kita
terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada
hikmahnya.

Kesimpulannya sekarang ni, wang hantaran yg beribu2 tu sebenarnya takda dituntut pun dalam agama. Dengan wang hantaran yang berbelas ribu dengan kos perkahwinan yg berpuluh ribu sekarang ni bagi aku amatlah membebankan pihak lelaki. Yang mana lebih penting? Majlis perkahwinan yang eksklusif dan semua orang ingat atau sebuah perkahwinan yang diberkati? The choice is in your hands ladies!

Bila korang rasa nak mintak duit hantaran mahal-mahal kat bakal suami tu cuba korang fikirkan pulak berapa banyak pengorbanan yang dia dah lakukan untuk korang? fikirkan jugak tanggungjawab dia yang besar terhadap keluarga selepas berkahwin nanti. bukan je nak tanggung dari segi nafkah zahir dan batin malahan dosa korang pun dia yang tanggung tau. so korang fikir-fikirkan lah sendiri. tak payah la nak ikut trend or dengar cakap orang sangat. yang penting mudah-mudahan perkahwinan korang tu diberkati dan berbahagia hingga ke syurga. ♥

0 comments: