01 January 2009

Permulaan tahun 2009..

takde ape pn yg besh dgn sambutan thn baru aku..aku..bf ku dan kwn sebilikku hanya melepak di kedai mkn di bukit saga sambil melihat pemandangan KL..menjelang detik 12 tgh mlm..hampir semua bunga api yang meletup-letup di ruang udara KL dapat ku lihat..paling cntik bagiku mungkin bunga api di KLCC..sayangnya dilindungi dengan asap yang berkepul-kepul..mungkin kerana ruang udara di KLCC dikelilingi bangunan-bangunan tinggi menyebabkan asap berkumpul di ruang udara itu..bunga api di dataran merdeka tak dpt aku lihat dgn jelas kerana dilindungi menara maybank dan juga times square tapi pertunjukan bunga api yang paling lama sekali ialah di dataran merdeka..

lebih kurang jam 12.40 mlm kami pn bergerak dr bukit saga..niat di hati nak pusing2 KL tp terpaksa dibatalkan kerana kesesakan lalu lintas yang melampau..terdapat beberapa kejadian yg menakutkan dpt ku lihat mlm td..antaranya seorang lelaki berlumuran darah di bajunya smbil di papah oleh kwn2 nya bergegas berjalan menuju ke arah hospital KL..kata bf ku mgkin terlibat dlm pergaduhan..maklum la malam sambutan thn bru..pelbagai perkara yg terjadi..kemudian bangunan kedai yg terbakar di sekitar kawasan chow kit.. berkepul-kepul asap hitam keluar dr tingkap bangunan 3 atau 4 tingkat itu..kemudian peristiwa yang membuat aku menggigil hingga sejuk tgn ku ialah aku menyaksikan sebuah kereta hampir terlibat dlm kemalangan di jalan jelatek ketika perjalanan pulang ke rumah..kereta waja dihadapan ku bergerak ke kiri tnpa menyedari terdpt sebuah kereta berwarna maroon di belakang yang sdg bergerak laju..mgkin kereta itu mengejar lampu hijau..dr jauh lg dpt aku dengar bunyi tayar bergesel dgn tar kerana brek emergency.. akhirnya aku melihat kereta berwarna maroon itu berpusing di jalan raya di hadapan mata ku sendiri..yang paling membengangkan sekali pemandu kereta waja itu boleh membuat muka tak bersalah seperti tiada apa-apa yang berlaku..nasib baik tiada kecederaan ataupun apa-apa perkara buruk yang berlaku..

jadi rasanya permulaan thn bru ku tidaklah sebagus dan se'happy' org lain..boleh la dikatakan biasa2 je..


p/s: rse cm skema je ayat2 aku posting kali ni..haha saje je test..dh lame x wat esei BM..kui3

4 comments:

adib khalid said...

nurul yg skema.
ekekek.
change link weh.
:)

LiL nUrULe said...

siut je ckp aku skema..yela2 mntang2 la aku ni nerd..specky...kui3

thE X-pLaYeR said...

wow... saya amat berbangga dgn anda kerana pandai melontarkan karangan seperti itu... huhu... ape da ko nie... klau nak skema sgt pun jgn la ter over dose...

LiL nUrULe said...

overdose ke? ala skali skala..u noe my bahasa is better than urs..hahaha

p/s:show off... ;p