07 January 2009

Damn! It hurts me so much..


Nak menangis aku bila tgk paper arini..picture kat atas ni la yang terpampang kat muka depan utusan malaysia serta beberapa akhbar mainstream yang lain..de picture lg satu yg menyayat atiku..gambar seorang budak lelaki berusia antara 3-4 tahun tgh berdiri bersandar kat dinding sambil memandang kamera n tgh nangis kerana kehilangan semua ahli keluarganya..kenapa takda hati n perasaan kaum yahudi ni? kenapa tak bleh biarkan penduduk palestin duduk dengan aman kat negara dorg sendiri? tak cukup lg tanah negara org yg die dh rmpas? ni kenyataan menteri pertahanan israel yg aku petik dr utusan malaysia.


"Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menyatakan negaranya akan terus memerangi Hamas yang masuk hari ke-11 sehingga keadaan menjadi 'tenang dan aman' di selatan negara berkenaan."

menjadi tenang dan aman? ade inverted comma lg..ke de maksud tersirat? sampai semua penduduk gaza tu dh meninggal dunia? bru die nk puas ati?

ni pulak artikel yg aku copy dr berita harian..facts dat u shud noe..

Mitos yang cuba diuar-uarkan kaum Yahudi ini kepada dunia ialah:
  • Israel mendakwa sudah menamatkan penjajahan di Semenanjung Gaza pada 2005 apabila memindahkan penempatan warganya dari kawasan pantai kecil di semenanjung itu. Namun hakikatnya, mereka tidak pernah menamatkan penjajahan ke atas Palestin, sebaliknya terus menguasai sempadan, ruang udara dan terusan air di Gaza. Malah, sejak 2006, Israel mengenakan sekatan dan kepungan di seluruh Semenanjung Gaza. Lebih dua tahun penduduk Gaza hidup dalam suasana hampir kebuluran, tanpa keperluan asas sewajarnya, terutama bekalan perubatan. Kepungan itu mencetuskan bencana kemanusiaan paling menyayat hati;

  • Israel mendakwa Hamas mencabul gencatan senjata dan menarik diri daripada perjanjian itu secara unilateral. Hamas menghormati gencatan senjata yang dipersetujui, kecuali beberapa kes ketika Israel melakukan pencabulan secara terang di Tebing Barat. Gencatan senjata terlerai dua bulan lalu apabila Israel membunuh beberapa rakyat Palestin, membuatkan Hamas bertindak balas. Sebaliknya, Israel tidak mematuhi perjanjian dipersetujui untuk menamatkan kepungan dan membenarkan bantuan kemanusiaan penting dibawa masuk ke Gaza. Daripada 450 trak yang dipersetujui dibenar memasuki sempadan setiap hari, pada hari yang mereka berasa murah hati, hanya lapan trak dibenarkan masuk. Sempadan ditutup hampir setiap masa. Dalam tempoh yang sepatutnya berlaku gencatan senjata, penduduk Gaza dipaksa hidup seperti binatang, menyebabkan 262 meninggal dunia kerana tidak menerima bantuan perubatan yang baik. Hari ini selepas beratus-ratus rakyat Palestin maut dan angkanya terus meningkat, Israel enggan mengadakan rundingan gencatan senjata. Mereka tidak kisah untuk mencipta keamanan seperti yang didakwa dan lebih jelas mereka kini berusaha untuk membuat perubahan regim;

  • Israel mendakwa ingin mencipta keamanan dengan rakyat Palestin. Sebelum melancarkan pembunuhan beramai-ramai terkini di Gaza, Israel sudah meningkatkan penjajahannya di Tebing Barat. Pada 2008, penambahan penempatan meningkat sehingga 38 tempat, seramai 4,950 rakyat Palestin ditangkap dan pusat pemeriksaan meningkat dari 521 kepada 699; Di luar skop rundingan damai, Israel membunuh 546 rakyat Palestin dan di kalangan mereka 76 kanak-kanak. Jumlah itu meningkat lebih buruk minggu lalu.

  • Israel mendakwa mereka bertindak kerana mempertahankan diri, tetapi hakikatnya mereka yang mencetuskan semua serangan;

  • Israel mendakwa sasaran mereka hanya tentera, malah tentera Yahudi terus menegaskan perkara yang sama walaupun imej wanita dan kanak-kanak maut dan berdarah terus dipaparkan oleh media dunia. Serangan mereka tidak terhad, malah hospital dan masjid tidak terkecuali.

  • Israel mendakwa mereka menyerang Hamas, bukan rakyat Palestin. Tetapi hakikatnya, ledakan peluru berpandu mereka tidak mengasingkan antara tentera Hamas dan rakyat Palestin. Israel sedar hakikat ini, begitu juga rakyat Palestin. Tetapi Israel juga sedar, walaupun tidak disebut secara lantang, betapa tindakan terbaru ini sebenarnya mengukuhkan lagi semangat Hamas dan rakyat Palestin;

  • Israel mendakwa Palestin adalah sumber keganasan. Rakyat dunia tidak perlu terus ditipu. Penjajahan Palestin sejak 1967 menyaksikan betapa tanah Palestin dirampas Israel dan ia menjadi akar umbi kepada keganasan berpanjangan sehingga hari ini. Keganasan ini boleh dihentikan dengan Israel memberi semula tanah, hak kerakyatan dan hak asasi kepada umat Palestin untuk hidup sebagai manusia merdeka.

Bukan Hamas yang menguasai Tebing Barat. Hari ini rakyat Palestin hidup dalam kepungan Israel dan diserang tanpa sebarang belas ihsan.

"Tanah kami dirampas, hak kami dicabul, suami, isteri dan anak-anak kami dibunuh." Itulah luahan rakyat Palestin.

knape still lg xde pape keputusan yg diambil oleh PBB..OIC atau segala jenis persatuan laa yg de kt dunia ni? kenapa semua negara prlu tunduk pd keputusan amerika lahanat tu?? please laa do something..hundreds of innocent people had lost their life n still counting..do u want to wait till these numbers become thousands? millions?? my hopes n pray will always be wit them..hope god will punish all these bastards n let them suffer worst than wut the victims had suffer..

for us wut we can do is boycott these products..dun be shock if it's use to be ur favorite product which u cant live without..please be kind enough to click at this url to see the products' list..

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

2 comments:

Anonymous said...

islam telah ditindas di sana sini.....dunia sudah hampir sampai ke penghujungnya !! bila sampai satu masa segalanya akan musnah begitu saja...dan bilakah masa itu akan tiba???adakah dengan menunggu tanpa berbuat apa2??adakah kita di suruh bertawakal tanpa usaha????jadi...apakah usaha kita utk saudara2 islam kita yg telah ditindas???pasti jawapanya TIADA kerana islam hanya pada agama tapi bukan pada cara hidup lagi......

sedih....tangis...ratap....

sayangnya kita hanya berdiam diri..mana kononnya pembela agama??mana yg katanya fisabillah??mana itu semua???berkokok diluar gelanggang..pastinya itulah KITA SEMUA YG KONONNYA ISLAM !!!melayu akan terus jadi melayu...arab akan sentiasa menjadi arab...oooooh,Aku sendiri tak mampu berbuat apa2!!!sayang seribu kali sayang...

Demi Agama,Bersatulah kita...cuma itu saja jalan yg terbaik !!!

Allahuakbar....
Palestine,Kami sentiasa bersama mu !!!

thE X-pLaYeR said...
This comment has been removed by the author.